Kalau orang tanya saya, "Mana novel fantasi Melayu?"
Saya akan tunjukkan dia siri Takluk Jagat. Bukan kerana ia novel fantasi dalam bahasa Melayu, tetapi kerana ia novel fantasi yang menyerapkan elemen-elemen dalam mitologi Melayu.
Novel-novel fantasi barat memasukkan elemen mitologi barat. Kita ambil Lord of the Rings (LOTR) sebagai contoh. Nama kaum Elves, Dwarves dan Orcs bukannya dicipta oleh Tolkien. Mereka adalah makhluk-makhluk yang sedia ada dalam mitologi Eropah.
Sebagai editor, saya turut menerima proposal novel fantasi, walaupun dalam bahasa Melayu, masih terikut acuan novel fantasi barat. Masih dibancuh dan diadun dengan makhluk, senjata dan magik dari mitologi barat.
Ini berbeza dengan Takluk Jagat, di mana makhluk-makhluk dalam mitologi Melayu yang ditonjolkan. Tanah Ini (semesta Takluk Jagat, seperti Middle-earth dalam LOTR) didiami oleh tiga kaum utama: Manusia, Bunian dan Sigorong. Bunian, sebagaimana yang kita tahu, adalah kaum yang tinggal di dimensi lain di dalam hutan, orang-orangnya cantik dan kacak, serta tinggal di istana. Walaupun wujud dalam mitologi Melayu, ciri-ciri Bunian ini, sedikit sebanyak sama dengan karakteristik kaum Elves dalam mitologi Barat. Segala mitos berkaitan Bunian, seperti kerjanya menyesatkan orang di hutan, dan menggunakan burung sebagai pemantau, dimuatkan dalam novel ini. Manakala Sigorong, dalam Takluk Jagat, adalah makhluk hitam (bukan sekadar warna, malah sifatnya) yang masuk ke dalam tubuh manusia yang mengamalkan ilmu pendamping. Apabila seekor Sigorong bergabung dengan seorang manusia, kekuatannya menjadi berkali-kali ganda lebih kuat daripada manusia biasa.
Selain makhluk-makhluk mitos, elemen biasa dalam novel fantasi adalah elemen senjata dan magik (sword & sorcery). Jika LOTR menampilkan senjata-senjata barat seperti pedang dan panah, Takluk Jagat pula menonjolkan senjata-senjata Melayu seperti keris dan lembing. Judul siri ini sendiri adalah nama sebilah keris sakti yang menjadi buruan pelbagai pihak. Dan sekiranya LOTR menonjolkan magik ala-barat oleh wizard seperti Gandalf dan Saruman, Takluk Jagat pula mengetengahkan magik-magik Melayu seperti ilmu pendamping, dan jurus-jurus ilmu batin.
Bagi membolehkan jurus-jurus ilmu batin itu berfungsi, pengamalnya perlu membaca mantera tertentu. Dalam Takluk Jagat, mantera-mantera ini ditulis dalam bentuk pantun enam kerat, yang menambahkan keindahan novel fantasi Melayu ini.
Pada asalnya, buku 1 dan 2 dalam siri ini adalah buku pertama dalam trilogi Takluk Jagat. Judul asalnya Bisikan Indera Bumi. Tetapi kerana ia agak tebal (hampir 800 muka surat!), ia diterbitkan sebagai dua buku. Bisikan Indera Bumi kini dipecahkan menjadi Bisikan Ariasha dan Amukan Indera Bumi. Barangkali, dari sebuah trilogi, siri ini akan bertukar menjadi enam buku.
Kisahnya berkisar di Tanah Ini. Ia meliputi wilayah Dasyuria, Sedinggi, dan Dakawa yang didiami Manusia, serta wilayah Dilasri dan Kaswana yang didiami Bunian. Sigorong pula datang dari wilayah Sugalimba. Buku 1 (Bisikan Ariasha) lebih kepada personal quest sang hero memburu pembunuh datuk, yang turut mencuri keris pusakanya. Dalam kembaranya, dia berjumpa Zilastra, dan puteri Bunian (Ariasha) yang turut menyertai misinya. Buku 2 (Amukan Indera Bumi) pula tentang peperangan terbesar di Tanah Ini antara angkatan Dasyuria dan Sedinggi yang dibantu tentera Bunian, menentang angkatan Dakawa yang dibantu bala tentera Sigorong. Kedua-dua buku mengandungi peta Tanah Ini bagi memudahkan pembaca membayangkan laluan kembara watak-wataknya.
Novel ini banyak twist dan sub-plot. Sepanjang kembara heronya, satu demi satu watak baru diperkenalkan, dan di hujung cerita, pembaca pasti terkesima dengan love-hate relationship antara watak-watak itu!
Kewujudan siri Takluk Jagat diharap dapat mengisi lompang novel fantasi bahasa Melayu yang kosong selepas siri Saga Artakusiad oleh Ahmad Patria Abdullah yang pernah menjadi kegilaan pembaca suatu ketika dahulu (malah, sehingga hari ini masih ada kelab peminatnya!).
Seperti Saga Artakusiad, saya percaya, siri Takluk Jagat ini berpotensi menjadi novel fantasi kegilaan pembaca dan diingati sepuluh tahun lagi.
Sunday, June 1, 2008
Takluk Jagat: Fantasi Melayu
Posted by Mat Jan at 4:29 AM
Labels: fantasi, fiksyen sains
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 Comments:
Saudara Mat Jan, tahniah di atas kelahiran novel-novel jantan di bawah imprint PTS Fortuna. Mungkin selepas ini saudara boleh ulas novel-novel jantan yang lain untuk manfaat pembaca.
Fuh! Lawa banner!
wah...semakin terkesima dengan kewujudan novel ini. Kangaq, pastikan ia menjadi novel bersiri! Dan akan ada peminat setianya yang menanti setiap siri walaupun siri terbaru masih belum wujud dalam intuisi anda.
Tidak wujudkah novel 'wanita'?
Bro
Hebat hebat ini lah yang aku suka manusia yang creative
bayan, saya akan mencoba hehe...
Novel JANtan?
Mentang-mentang la Mat JAN, letak JANtan.
novel mat JANtan.
aku harap post ni tka berhenti di sini saja dan terus menulis tentang novel2 jantan..!
aik satu je entri ko?
Pape, jemput ke blog resensi aku, mai kita exchange link ... aku link hang...hang link blog aku ni ..
sf
Salam,
Tahniah! Tahniah! bangga dengan kahadiran buku ini. mengangkat melayu di alam fantasi. tapi rasanya watak Bayu macam diceduk dari Yang Guo dan watak Puteri Ariasha adalah Bibi dari komik Pendekar Helang Sakti yang mana keduanya pun bercinta. Sapa2 yang pernah baca komik-komik HongKong mudah membayangkan jurus2 yang dilakukan. Apapun tahniah.
Assalamualaikum..
whoaa! Shabbbbassss!
kat semua kedai buku dah ade ke? or kena order online?
Oit Mat Jan. Mana entry baru? Hang sibuk nak kawen ka?
Saya cukup takjub dengan penulis novel ini yang mampu mempersembahkan satu novel persilatan. Gaya bahasa dahulu kala yang mudah difahami serta turut mempunyai unsur-unsur humor, sedih, tragis dan dramati. Saya amat meminati kedua-dua novel ini dan saya sarankan kepada anda semua supaya turut membacanya. Saya pasti, anda tidak akan kecewa.
ade terbace kt kedai buku pasal PTS ni.. dia kate kt situ, sape minat nk join..
aku mmg dh lame minat.. idea berlambak.. cume xtau camne care..
tapi.. aku pompuan..
PTS ni hanya tuk jantan je ke??
apa kata kalau novel ini difilemkan?
Selamat hari raya maaf zahir batin dijemput ke http://alamlegenda.blogspot.com/
Post a Comment